Tudiaa!!! PKPB: Polis Akan Ligan Sampai Ke Rumah Atau Kampung Jika Ingkar Rentas Negeri


Pihak berkuasa mungkin akan menjalankan pemeriksaan sehingga ke kawasan perumahan dan kampung mereka yang melakukan rentas negeri tanpa kebenaran untuk pulang menyambut hari raya Aidilfitri, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

BH Online hari ini melaporkan, pihak polis dan angkatan tentera tidak memandang enteng kesalahan tersebut dan akan mengesan individu yang disyaki melanggar PKPB.
"Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

"Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara," katanya.
Jelasnya, pihak polis boleh berbuat demikian memandangkan mereka mempunyai rekod butiran individu dan kenderaan yang diberikan permit untuk melakukan rentas negeri.
"Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri," katanya.
Sementara itu, Abdul Hamid dipetik Bernama memaklumkan polis telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri.
"Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua polis negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara)," katanya.
Menurut beliau lagi, orang ramai yang berhasrat melakukan perjalanan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu.
"(Pergerakan rentas negeri) boleh dilakukan tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit polis," katanya.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri diarah berpatah balik, dua hari lalu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.