Saya sedang sibuk dengan
persiapan Majlis Makan Malam Kompleks PAS Kedah sempena Muktamar PAS Kali ke 63
di dalam khemah murquee tent petang Kelmarin. Selepas itu keluar dari khemah
untuk masuk ke pejabat.
Melihat Khairul Nizar dan
keluarga sedang makan di khemah gerai tepi merquee tent dan jemput saya untuk makan
bersama. Tak lama kemudian Dato' Dr Hamdan juga bersama family sampai dan join
kami, kemudian datang pula Awang Salahuddin danBadrul Hishamdari unit kebersihan
duduk bersama sampai menikmati kotiew goreng dari food truck.
"PEMAIN datang
dan pergi, begitu juga jurulatih tetapi kecemerlangan pasukan perlu diteruskan
untuk penyokong yang setia bersama Kedah."
Itu komen bekas Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang
akhirnya dilepaskan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi memberi laluan
kepadanya menjawat jawatan penolong jurulatih skuad Harimau Malaysia.
Kata-kata semangat itu ditinggalkan Cheng Hoe kepada pasukan dan
penyokong skuad hijau kuning yang akan melayan kunjungan Terengganu dalam
separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman malam ini.
Pihak Panitia Muktamar
Tahunan PAS ke 63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut
yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan
kesejahteraan mereka.
ALOR SETAR: Kemeriahan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS di
Kota Sarang Semut di sini bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 10 orang
cedera dan terperangkap dalam runtuhan khemah akibat ribut kuat petang tadi.
Berdasarkan
laporan awal, empat pengunjung yang menghadiri bazar jualan bersebelahan
kompleks itu hilang dalam kejadian tersebut.
ALOR SETAR - Pas akan
meneruskan pendekatan mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS)
yang diperkenalkan sebelum ini.
Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan ini dilihat lebih berkesan dalam
masyarakat Malaysia yang bencikan suasana negatif dan penuh kebencian.
"Mesej ini kita bawa
menerusi Pas bertujuan untuk menyelamatkan manusia bersama Islam memandangkan
masyarakat tidak suka akan budaya keras serta politiking melampau.
JOM
IKUTI PERASMIAN PENUH MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE- 63
bertempat
di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah,
Kota
Sarang Semut, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
PAS mempunyai cara mereka
tersendiri untuk berdepan dengan pelbagai masalah negara seperti isu BMF dan 1MDB.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS juga komited
memperjuangkan agar negara ini terus bebas rasuah serta mempunyai pentadbiran
yang telus.
"PAS akan terus komited
memperjuangan Malaysia yang bebas rasuah dan pentadbiran yang telus dengan cara
yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini.
"Selama puluhan tahun
ini juga lah PAS telah menentang penyelewengan sumber dan dana negara dalam isu
BMF, skandal matawang asing Bank Negara (forex), PKFZ, Skandal MAMINCO, Perwaja
Steel, 1MDB dan lain lainnya, dengan cara kita sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam
ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-63 hari ini. Bagaimanapun,
beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dalam ucapannya di muktamar
tersebut yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.