Saya sedang sibuk dengan
persiapan Majlis Makan Malam Kompleks PAS Kedah sempena Muktamar PAS Kali ke 63
di dalam khemah murquee tent petang Kelmarin. Selepas itu keluar dari khemah
untuk masuk ke pejabat.
Melihat Khairul Nizar dan
keluarga sedang makan di khemah gerai tepi merquee tent dan jemput saya untuk makan
bersama. Tak lama kemudian Dato' Dr Hamdan juga bersama family sampai dan join
kami, kemudian datang pula Awang Salahuddin dan Badrul Hisham dari unit kebersihan
duduk bersama sampai menikmati kotiew goreng dari food truck.
Semasa sedang makan , tiba-tiba datang satu tiupan badai yang
kuat. Kelihatan satu objek besar melayang tinggi di udara seperti sehelai kain
besar sedang melayang diudara. Rupa-rupanya khemah besar KU Haraki sedang
melayang ke udara Dan menghempap deretan khemah gerai disebelahnya.
Kejadian berlaku hanya sekitar 15 hingga 20 saat sahaja. Suasana
Jadi tergamam seketika. Kemudian baru saya dan kawan meluru untuk memastikan
keaadan dan mencari mangsa yang terperangkap.
Kelihatan Muhammad Sanusi Md Nor telah pun berada di situ. Beliau
mengarahkan kerja mencari dan menyelamat dilakukan segera. Petugas Jabatan Amal
bertindak pantas masuk di celahan runtuhan untuk mencari mangsa. Hujan lebat
mula mencurah dan angin kuat mula menerpa. Untuk memastikan keselamatan semua
diarah masuk ke dalam Dewan.
Mangsa yang cedera diberikan rawatan segera oleh unit rawatan
Dan Amal Medic. Pihak bomba JPAM, Dan Hospital dihubungi. Duah buah Ambulance
Jabatan digunakankan untuk menghantar mangsa yang cedera, sementara menunggu ambulance
agensi lain datang.
Pengunjung dan orang ramai dihimpun di dalam Dewan. Mereka
diberikan Taklimat prosedur keselamatan dan ditenangkan oleh pimpinan. Dato'
Najmi telah memberi tazkirah ringkas. Setiausaha Agung juga Memberi Taklimat
berkenaan situasi berlaku. Jabatan Amal menguruskan senarai orang hilang dan
cedera. Pihak bomba datang dan membuat pemeriksaan. Kawasan ditutup untuk
keselamatan.
Mesyuarat khas Segera dilakukan untuk tindakan lanjut. Unit Amal
berkawal di kawasan bencana. Air minuman diagihkan. Suasana terkawal dan selamat.
Terima kasih kepada semua yang membantu.
0 comments:
Post a Comment