BEKAS pemain bola sepak liga simpanan Kedah (kanan) dicekup berkhalwat dengan pasangannya oleh JAIK, malam kelmarin.
Alor
Setar: Seorang bekas pemain bola sepak Liga Simpanan Kedah sanggup
mengaku suami isteri bagi mengelak dicekup berkhalwat bersama
pasangannya di sebuah hotel bajet di Lebuhraya Darulaman, kelmarin.
Malah,
lelaki berusia 52 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga
anak kemudian mengaku pasangannya berusia 27 tahun itu sebenarnya adalah
anak saudaranya ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan
Agama Islam Kedah (JAIK).
Bagaimanapun, tembelang mereka
terbongkar apabila anggota JAIK menghubungi bapa wanita terbabit sebelum
mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan.
Lelaki
terbabit turut memberi alasan hanya menumpang tidur di bilik itu kerana
mereka baru selesai menjalani latihan futsal di Titi Gajah.
Penolong
Pengarah Penguatkuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Roshidi Mahmud
berkata, dalam serbuan jam 12 tengah malam yang disertai 28 anggota
penguat kuasa itu, pihaknya membuat pemeriksaan di bilik berkenaan
selepas mengesyaki sesuatu mencurigakan.
Beliau berkata, selepas
mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya bertuala
tanpa baju membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran pihak berkuasa.
“Dia
pada mulanya mengaku suami isteri, namun ketika disoal siasat, dia
kemudian memberitahu wanita terbabit adalah anak saudaranya.
“Bagaimanapun, mereka akhirnya mengaku hanya teman biasa dan ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya.
Roshidi
berkata, lelaki itu dipercayai bekas pemain bola sepak di negeri ini
dan kini bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta manakala wanita
terbabit tidak bekerja dan bujang.
Beliau berkata, lelaki terbabit berasal dari Pokok Sena dan wanita dari Kulim itu mengaku sudah lama berkenalan.
“Mereka
kemudian dibawa ke Balai Polis Kota Setar untuk dibuat laporan
tangkapan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.
“Kes
disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah
2014. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua
tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan4 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ▼ 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment