BERAPI!!! (Gambar2) Isu Gambar "Menjolok Mata" Hj Mohammad bin Sabu, Ini Jawapannya.. Jom Terjah!!!


Gambar seorang gadis Cina berselfie dengan Mohamad Sabu viral di media sosial. Ramai yang mengutuk Mat Sabu. 
Apakah Ini Satu Fitnah? Ini jawapannya....
BismillahirRahmanirRahim

PERMOHONAN MAAF


Saya selaku Ketua Pengiring kepada Hj Mohammad bin Sabu sepanjang Himpunan BERSIH 4.0 memohon berbanyak kemaafan kepada Hj Mohammad Sabu, keluarga, sanak saudara dan kenalan Islamnya kerana tidak berjaya mengawal serbuan rakyat Malaysia dalam Himpunan Bersih 4.0 dari berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.



Kejadian diluar kawalan dan kelalaian saya telah menyebab berlakukan insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam.

Insyaa Allah selepas ini saya dan team pengiring ARIF (kali.pertama bertugas) akan berusaha memastikan insiden serbuan sehingga diluar kawalan akan dapat di atasi pada masa hadapan.

Sebagai sedikit gambaran sebenar terhadap photo yang sedang diviralkan, kejadian berlaku ketika Hj Mohammad Sabu bergerak dari pentas ke pentas di tengah kesesakan puluhan ribu peserta, saya sendiri telah memberi arahan agar kawalan tidak dilakukan terlalu ketat dan mesti mesra rakyat tanpa menjangkakan serbuan yang amat menakjubkan telah berlaku apabila mengetahui kehadiran Hj Mohammad Sabu sehingga ada yang seperti histeria untuk bergambar, berselfie dan sebagainya.

Sekali saya memohon berbanyak kemaafan di atas insiden yang telah menyinggung perasaan keluarga serta sahabat seIslam akibat kelemahan.kawalan kami terhadap Pengerusi Harapan Baru Malaysia.

Aris Awang
Ketua Pengiring
Pengerusi Harapan Baru Malaysia
Untuk Bersih 4.0








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.