Terkini!!! Tun M Berkata Putrajaya Patut “MELETUPKAN” Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Kenapa? Jom Terjah!!!

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata Putrajaya patut “meletupkan” Lebih Raya Utara-Selatan (Plus), sebuah projek penting ketika era pentadbirannya.

Beliau mengulas dakwaan terdapat cubaan merosakkan legasinya melalui kempen buruk terhadap pengeluar kereta nasional Proton, sebuah cetusan ilham beliau.


“Ramai kata saya buat banyak benda buruk, seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, sepatutnya kita letupkan saja,” katanya disambut gelak ketawa pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

“Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, menara berkembar Petronas, semua ini tidak baik kamu tahu,” sindirnya lagi.

'Hamba yang setia'

Sebelum itu bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membangkitkan sama ada  stesen televisyen cuba memburuk-burukkan Proton semata-mata ia legasi Mahathir.

Zainuddin mendakwa dimaklumkan kawan-kawannya bahawa “kami hanya hamba setia yang menurut perintah, kami terima arahan dari penasihat-penasihat di JPM”.

Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, itu bagaimanapun sinis berkata mereka tidak harus malu kerana ia langkah paling berkesan, penuh etika dan nilai baru profesionalisme.

Semuanya, sindir tokoh wartawan itu lagi, demi “membangunkan maruah 1MDB sebagai legasi teragung Datuk Deri Najib”.

Ia, kata Zainuddin juga, akan mengatasi kehebatan Putrajaya, menara Petronas, KLIA, lebuh raya dan jambatan Pulau Pinang yang menjadi kenyataan di era Mahathir dulu.

“Syabas pahlawan Bugis teragung di abad ini,” katanya lagi. 


-MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.