GEMPAR!!! Pembantu Sahkan Beg Berharga RM820 Ribu Bukan Milik Isteri PM Haji Najib, Milik Siapa?.. Jom Terjah!!!

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak membeli beg tangan mewah kulit buaya  RM820,000, seperti dilelong di Hong Kong, kata pegawainya Rizal Mansor.

Rizak berkata lelongan itu berlangsung pada Jun 2015 sedangkan Rosmah telah kelihatan memakai beg seakan-akan sama pada 2011.

“Saya tak nak kata apa, tetapi itu bukan beg yang sama.

“Beg itu bukan yang dilelong, sedangkan yang dilelong di Hong Kong itu pada tahun 2015.

“Jadi saya menafikan (dakwaan itu),” kata Rizal ketika dihubungi Malaysiakini.

Beg tangan berjenama Hermes yang diedarkan itu turut dijual di atas talian.

Di Internet, gambar beg Hermes yang digandingkan dengan gambar Rosmah memakai beg yang mirip beg itu telah tersebar meluas.

Tak tahu harga beg Rosmah

Propaganda itu diedarkan sebagai serangan terhadap tindakan kerajaan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 1 April lalu.

Rizal ketika ditanya mengenai harga beg Rosmah itu menjawab beliau tidak tahu.

Menurut laporan AFP, beg mewah itu dibeli seorang pembeli misteri daripada Asia dengan harga AS$222,912 yang membuat bidaan melalui telefon.

Beg dinamakan ‘Hermes Shiny Fuchsia Porosus Crocodile Diamond Birkin 35’ itu, bertatahkan emas putih 18 karat dan  permata.

Mengulas serangan terhadap Rosmah, Rizal percaya beliau menjadi sasaran musuh politik perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Musuh cari mangsa terdekat untuk diserang. Dalam hal ini, dia (mainkan) politik kebencian.

“Saya tengok orang nak jatuhkan Datuk Seri Najib tapi gunakan Datin Seri Rosmah,” katanya.
-MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.