Allahu Rabbi: Terkini!!!! (Gambar2 & Video) Pelumba Negara, Zamri Baba Kritikal Kemalangan Di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesoa.. Doakan!!!



Zamri Baba

BOGOR, JAWA BARAT: Pelumba SuperSports 600cc negara, Zamri Baba kini berada dalam keadaan kritikal selepas motosikal yang dipandunya dalam pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul semalam telah terlibat dalam kemalangan.

Beliau yang beraksi bersama pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing gagal untuk mengawal jenteranya di satu selekoh sebelum tergelincir di dalam pusingan keempat lalu merempuh penghadang keselamatan lalu telah dilanggar dari belakang oleh Dimas Ekky Pratama.

Zamri disahkan koma setelah tangan patah selain megalami kecederaan agak serius di bahagian kepala, beliau telah dikejarkan ke Hospital Pakar Petra Permata Sentul.

IMG-20150608-WA0008

IMG-20150608-WA0010

Difahamkan, pelumba negara itu mungkin akan dihantar menjalani rawatan lanjut ke Jakarta atau Kuala Lumpur.

Sementara itu, kami sertakan satu video di mana berlaku satu lagi kemalangan melibatkan perlumba Indonesia, M. Fadly Immammuddin yang dikatakan juga kritikal selepas dirempuh pelumba Thailand, Jakkrit Sawangswa semasa di garisan penamat.

Kedua-dua pelumba itu turut dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius di bahagian kaki dan kini sedang berada di bawah pengawasan rapi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.