Pulak!!! Sasterawan Negara Datuk A Samad Said Sertai DAP Hari Ini? Ini Butirannya, Jom Terjah!!!

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dijadual menyertai DAP esok.

Penyertaannya dalam parti itu akan diumumkan dalam sebuah acara di Kelantan esok.

Beliau akan hadir dalam Majlis penyerahan rumah oleh Gabungan Impian Kelantan (GIK) kepada penduduk Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang pagi esok.

Pemimpin kanan DAP sendiri Lim Kit Siang dikatakan hadir dalam acara itu selain anggota parlimen PAS Dr Hatta Ramli.

Kemungkinan besar penyertaan Samad akan diumumkan dalam acara ini.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, penyertaan Samad memang dirancang diumumkan esok tetapi tidak akan didedahkan sehinggalah ia menjadi kenyataan.

Seorang pemimpin kanan DAP ketika dihubungi Malaysiakini hanya berkata perkara itu “mungkin” berlaku esok.

Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan reaksi novelis dan penyajak itu.

Pihak-pihak yang dekat Samad mengesahkan perkara itu.

Pengkaderan orang Melayu

Samad seorang pengagum pemimpin Tun Dr Mahahir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.

Beliau mula terlibat aktif dengan aktivisme melalui kempen menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009.

Beliau terus mendapat sanjungan NGO apabila memimpin gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH bersama bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga.

Sejak itu beliau aktif dalam gerakan masyarakat sivil dan sentiasa diundang membacakan sajak-sajaknya, yang kini jelas kritikal kepada pemerintah.

Penyertaan Samad ke dalam DAP dilihat bakal memberi nafas baru kepada parti yang dilihat sinonim dengan kaum Cina itu, sekali gus membantu pengkaderan orang Melayu menyertainya.

DAP sekarang amat memerlukan sokongan Melayu untuk melangkah lebih jauh dalam politik negara, terutamanya apabila hubungannya dengan PAS kini retak menanti belah.

Samad atau lebih mesra dengan panggilan A Samad Said, terkenal dengan novelnya Salina yang pernah menjadi teks sastera rasmi di sekolah-sekolah.
-MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.