Terkini!!! Pengerusi BNBBC, TS Shahrir Samad Minta Timbalan Perdana Menteri Letak Jawatan Isu 1MDB.. Jom Terjah!!!

Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata sekiranya ada menteri yang tidak setuju dengan keputusan Kabinet, mereka boleh meletakkan jawatan kerana ia keputusan kolektif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015.

Sekiranya menteri tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang dibuat semasa mesyuarat Kabinet, mereka perlu meletak jawatan, kata pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.
Setuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah yang seluruh kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrir berkata, prinsip kabinet ialah tanggungjawab bersama.
"Ia keputusan kolektif. Pilihan ada di tangan. Tiada siapa yang paksa. Kalau menteri itu tidak setuju (dengan keputusan Kabinet), maka boleh letak jawatan.
"Soalnya begitu mudah. Apabila keputusan itu berdasarkan kolektif dan tanggungjawab bersama, menteri Kabinet punyai peluang berbincang dan bertanya kalau tidak puas hati," katanya.
Bercakap kepada media di lobi Parlimen hari ini, Shahrir berkata, sekiranya sebarang keputusan tidak dipersetujui segelintir menteri, wajar mereka meletak jawatan kerana ia dianggap bertentangan dengan prinsip kolektif itu sendiri.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara menteri yang secara terbuka mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu itu, termasuk mengakui beliau sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberi penjelasan kepada rakyat mengenai masalah syarikat itu yang menanggung RM42 bilion hutang dalam masa 6 tahun beroperasi.
Semalam, Tengku Razaleigh berkata, keseluruhan kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi 1MDB.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.
Shahrir hari ini mempersoalkan dakwaan menteri yang mendakwa "tidak faham" mengenai isu tersebut kerana katanya sebarang perbincangan mengenai 1MDB memang seharusnya berlaku di Kabinet.
"Dakwaan ada menteri tidak faham saya tidak tahu. Tetapi apa yang saya pasti, perbincangan pernah perlaku dan ada keputusan dibuat, hingga dirujuk kepada siasatan ketua audit dan PAC.
"Kalau ada keputusan (Kabinet) dan menteri tidak faham, dan tidak setuju, dan tidak bertanggungjawab, maka bagi saya, beliau harus keluar," katanya yang enggan menamakan menteri yang dimaksudkan.
Beliau berkata, Ku Li melakukan perkara yang betul dengan membangkitkan isu tersebut, sambil membandingkan dengan dirinya ketika keluar dari Umno untuk bertanding sebagai calon bebas pada tahun 1988 kerana mempertahankan pendiriannya.
"Ku Li pernah jadi ahli Kabinet tapi beliau tidak menyoal apa yang diputuskan bersama (dalam Kabinet), hanya menyoal apabila melepasi garis masa selepas tidak menjadi menteri," kata Shahrir.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/letak-jawatan-kalau-tak-setuju-keputusan-kabinet-kata-pengerusi-bnbbc#sthash.2cPWqVZ3.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.