HOT!!! PM Haji Najib : Dakwaan 1MDB Rugi RM42 Bilion Diputar Belit, Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR: Dakwaan 1Malaysia Development Bhd mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion merupakan fakta yang sengaja diputar belitkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata syarikat itu tidak mengalami kerugian dalam jumlah tersebut dan angka berkenaan adalah hutang syarikat. Jumlah itu lebih rendah berbanding aset 1MDB yang sebanyak RM51 bilion, sebagaimana diaudit dan disahkan oleh Deloitte.

Najib dalam catatan terbaharunya di laman web beliau, NajibRazak.com berkata, kebanyakan syarikat besar di seluruh dunia mempunyai tahap hutang yang tinggi dan tiada apa luar biasa tentang perkara ini.

"Memang benar bahawa 1MDB menghadapi cabaran, tetapi tidak pada tahap yang didakwa itu.

"Malah, sesetengah dakwaan yang dibuat tidak berasas," katanya.

Najib mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menggunakan cabaran kewangan yang dihadapi 1MDB sebagai alasan untuk menyerang beliau.

"Beliau juga mendakwa bahawa saya tidak menjawab isu-isu berkaitan 1MDB, tetapi saya membuat lebih daripada itu - dan mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap 1MDB, yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang terdiri daripada kedua-dua parti," kata Najib.

Beliau berkata ini akan memastikan proses yang telus, dan semua persoalan yang telah diminta mengenai syarikat itu bebas dijawab oleh badan-badan yang sah dan bukan sumber bermotifkan politik.



Text: astroawani

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.