Seperti di bantuan rakyat satu malaysia br1m2014,BR1M 2015 juga turut diberi skim perwarisan iaitu skim khairat kematian di mana waris kepada si mati yang menerima br1m akan boleh tuntut dan terima wang sebanyak rm1000.
Skim khairat kematian br1m 2015 ini akan berkuat kuasa mulai 1 januari 2015 hingga hujung tahun 2015.walaubagaimana pun,skim khairat kematian ini hanya layak bagi penerima br1m 2015 yang berstatus berkeluarga serta warga emas.yang bujang jangan minta maaf.
Seperti yang semua sedia maklum,setiap penerima berstatus keluarga dan warga emas di wajibkan mengupdate permohonan masing-masing dengan mengisi bahagian C iaitu bahagian perwarisan.
DOKUMEN DAN CARA TUNTUT SKIM KHAIRAT KEMAITAN BR1M 2015:
Waris yang telah di namakan oleh si mati perlu mengunjungi mana-mana cawangan banks simpanan nasional (BSN).tuntutan akan dibuka mulai 2 februari 2015.
Waris hanya perlu membawa IC/My Kad dan juga Surat Kematian atau Sijil Kematian.
Baki br1m si mati yang belum disalurkan juga boleh dituntut oleh waris dengan mengunjungi mana-mana cawangan banks simpanan nasional (BSN) dengan membawa IC sendiri dan sijil kematian si mati.
Untuk sebarang kekeliruan atau ketidak fahaman anda boleh terus menghubungi hotline 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun melalui e-mel pada br1m@treasury.gov.my.
0 comments:
Post a Comment