Update: PRK P44: Lintas Langsung Dari Pusat Penamaan Calon Institut Kemahiran Belia di Berapit, Bukit Mertajam.. Jom Terjah!!!

 

LAPORAN LANGSUNG


10.30am:Pegawai pengurus pilihan raya, Husni Ismail mengumumkan empat orang calon akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Selain calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN, Suhaimi Sabudin, dua lagi calon ialah Azman Shah dari Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas, Salleh Ishak.

Husni juga mengumumkan bahawa Salleh akan menggunakan simbol kunci.

10am: Pegawai pengurus pilihan raya, Husni Ismail mengumumkan proses penyerahan borang pencalonan ditutup.

Sementara menunggu Datuk Seri Wan Azizah yang masih berada di dalam pusat penamaan calon, penyokong PKR menjamu selera di gerai-gerai di situ serta mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.



9.16am: Dua calon Bebas dikatakan mengemukakan borang pencalonan mereka di pusat penamaan calon.

Bekas ahli Umno Abdullah Zawawi Samsudin, yang pada mulanya merancang untuk bertanding, telah memutuskan untuk menarik diri selepas diberitahu ada dua calon bebas yang lain.
Dia meminta maaf kepada penyokong dan berharap mereka faham.
"Tak apa, PRU depan tak lama lagi - dalam masa kira-kira tiga tahun lagi. Saya akan kaji profil semua calon sebelum menyatakan nak sokong siapa," katanya.
9.15am: Satu lagi kumpulan perarakan BN tiba dengan membawa bendera BN.

Seorang pesertanya, V Arigarin, 57, berkata beliau menyertai perarakan hari ini bagi menyatakan sokongan kepada parti itu.

Beliau yang hadir bersama isteri dan anaknya berharap agar BN dapat memenangi plihan raya kecil kali ini.

9.13am: Jalan Berapit, Bukit Mertajam: Penyokong BN berdiri menghadap jalangan dawai duri.

Mereka duduk di tepi jalan sambil berkipas. Ada yang cuba menyanyikan lagu 'Negara Ku' tetapi tidak jelas.

"Nyanyi macam tak makan pagi," laung seseorang di situ, menyebabkan semuanya ketawa.

Tiada ucapan politik ketika penyokong BN mengebar bendera biru yang tertera logo 'dacing'.
9.05am: Calon BN dan PKR - Suhaimi Sabudin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - berada di dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang mereka.


Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Berapit di sini, kira-kira jam 8.13 pagi tadi.

Beliau mula memasuki pekarangan IKBN pada 8.55 pagi untuk menyerahkan borang penamaan.


Beliau diiringi pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat antaranya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali


8.45am: Kumpulan daripada BN tiba d pagar halangan kawasan berhampiran IKBN Bukit Mertajam. Selepas calon dan Tan Sri Muhyiddin masuk ke kawasan penamaan calon, berlaku sedikit tolak menolak apabila orang ramai ingin memasuki kawasan penamaan calon.

Bagaimanapun, keadaan selepas itu terkawal.






8.30am: BN memulakan perarakan dari Jalan Merapit menuju ke pusat penamaan calon di IKBN Bukit Mertajam.

Perarakan itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon BN, Suhaimi Sabudin bersama isterinya.

Turut kelihatan ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Perarakan seramai kira-kira 1,000 orang itu diiringi dengan nyanyian lagu "Inilah barisan kita" dan laungan "hidup BN".

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.