Terkini!!! Inilah Wajah2 Calon Yang Bertanding Bagi P44 Permatang Pauh.. Jom Terjah!!!



BUKIT MERTAJAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), PARTI Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia (PRM) serta seorang calon bebas. Pengesahan nama calon yang bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jusni Ismail di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, sebentar tadi. 

BN diwakili Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, manakala PKR diwakili Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Turut bertanding dalam PRK ini ialah ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman serta calon bebas Salleh Isahak. 

Dalam pada itu, seorang lagi calon bebas Dr Abdullah Zawawi yang pada mulanya mengemukakan borang pencalonan kepada SPR pada jam 9.08 pagi memutuskan untuk membatalkan pencalonannya beberapa minit kemudian selepas mengetahui terdapat dua calon selain BN dan PKR mengambil bahagian. Calon BN mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi, diikuti Dr Wan Azizah dan Azman Shah pada jam 9.05 pagi manakala Salleh pada jam 9.08 pagi. 

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong serta barisan kepimpinan UMNO dan BN Pulau Pinang. Antara pemimpin pembangkang yang hadir, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. 

SPR menetapkan 7 Mei depan sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, sementara pengundian awal akan diadakan pada 3 Mei ini. 

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk SERI Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau. Pada 16 Mac lalu, Lembaga Pengampunan Diraja menolak rayuan anak dan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dan dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan 10 Mac lalu kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. ' Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.