Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/prk-p-pauh-wan-azizah-kembali-bertanding-di-permatang-pauh-58614?cp
SEBERANG JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PRK) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.
Pemilihan itu diumumkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat PRK Permatang Pauh di Seberang Prai Arena, Seberang Jaya sebentar tadi.
Majlis itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR dan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.
Azizah yang juga merupakan penyandang kerusi itu pada tahun 1999, 2004 dan 2008, akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin.
Sebelum ini BN pada Khamis menamakan Suhaimi Sabudin yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh sebagai calon bagi PRK ini .
Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN di Pusat Operasi BN Bandar Perda yang turut dihadiri pemimpin parti komponen BN.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April, manakala pengundian awal 3 Mei.
PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Parlimen Permatang Pauh dianggap sebagai kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menguasai kerusi itu sejak tahun 1982.
Anwar menduduki kerusi itu pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1995 sebelum dihukum penjara enam tahun pada 1999 setelah didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah kerana menyalah guna kuasa.
Azizah kemudian menjadi anggota Parlimen di situ pada 1999 hingga 2008 sebelum bertindak mengosongkannya bagi memberi laluan kepada Anwar selepas beliau dibebaskan pada tahun 2004.
-AA
0 comments:
Post a Comment