Todiaaa!!! Altantuya: Sidang Media Secara Langsung Dengan Bekas Komando Polis, Sirul Azhar.. Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR - Pas akan menjadi platform kepada bekas komando polis, Sirul Azhar Omar bercakap dengan media Malaysia bersabit dalang di sebalik kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Isnin ini.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar,  sidang media secara langsung bersama Sirul itu akan dilakukan menggunakan telefon bimbit beliau sendiri selama 15 minit dan petugas media akan berpeluang untuk bertanya mengenai kes tersebut.

"Insya-ALLAH pada Isnin ini, saya akan buat satu lagi sidang media berkaitan dengan Sirul dan beliau telah bersetuju dalam sidang media itu.

"Saya akan menelefon beliau dan membuka telefon bimbit seperti 'teleconference' selama 15 minit dengan Sirul dan pihak media di sini.

"Dengan cara ini akan membolehkan beliau berkomunikasi dengan semua media sebab tidak adil untuk satu dua media sahaja yang menghubungi beliau, jadi saya akan aturkan dan dia pun setuju pada hari Isnin, jam 11.30 pagi di Pejabat Agung Pas," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Terdahulu Sirul dalam wawancara dengan sebuah portal tempatan mendedahkan beliau tidak pernah mengaku membunuh Altantuya walaupun Mahkamah Persekutuan mensabitkannya bersalah.

Wawancara melalui telefon itu melaporkan Sirul mengulangi kenyataannya bahawa dia mendakwa bertindak atas arahan dan menjadi kambing hitam dalam kes tersebut.

Bulan lepas, Mahkamah Persekutuan mensabitkan dan menjatuhi hukuman mati ke atas Sirul dan seorang lagi bekas komando polis, Azilah Hadri ekoran kes pembunuhan pada 2006 itu.

Bagaimanapun ketika keputusan dibacakan, Sirul tidak hadir kerana berada di Australia. Dia kini ditahan oleh pihak imegresen Australia di Sydney.


-SinarHarian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.