Terkini!!! Beginilah Keadaan Pelakon Dan Penerbit, Datuk Rosyam Nor Selepas Terlibat Dalam Kemalangan Semasa Hujan Lebat.. Jom Terjah!!!





PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor terselamat daripada kemalangan yang berlaku di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada malam Rabu.
Rosyam berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kereta jenis Peugeot miliknya terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan akibat hujan lebat.
"Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja.
"Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya kepada mStar Online, Khamis.
Dalam pada itu Rosyam berkata, kereta miliknya itu mengalami kerosakan teruk namun bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan.
"Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan," katanya.
Sehubungan itu Rosyam berkata, satu laporan polis dibuat di balai polis berdekatan pada petang Khamis berhubung insiden itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.