Terkini!! Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Isu Letak Jawatan Hanya Khabar Angin, Jom Terjah!!!

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perbuatan pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya beliau meletakkan jawatan hari ini "hanya sia-sia belaka".

"Itu (peletakan jawatan) tidak benar, saya baru lepas mesyuarat dan saya ada satu mesyuarat selepas ini.

"Tak apalah, maknanya orang yang menyebarkan itu buang masa," kata beliau sinis sejurus tamat mesyuarat perancang ekonomi Selangor di Bangunan Darul Ehsan hari ini.

Bagaimanapun Khalid tidak mahu mengulas lanjut dan lebih gemar ketawa ketika dikerumuni wartawan yang menunggu di beberapa tempat sebelum ini sejak jam 9 pagi.

Malah beliau hanya tergelak apabila ditanya sama ada khabar angin itu disebarkan pesaing dalam partinya sendiri.

"Haha..itu tak mengapa, bulan puasa saya tak boleh cakap benda yang tak betul," kata beliau sebelum terus menaiki kereta yang menunggu di hadapan bangunan itu.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor yang turut menghadiri mesyuarat, Iskandar Ab Samad menafikan laporan beliau akan menggantikan Khalid.

"Memang tak betul.  Saya fikir spekulasi itu tak benar," katanya ringkas sebelum berlalu pergi.

1 comments:

  1. semoga kekusutan yg berlaku di selangor akan segera reda...
    kepada mereka yg cuba membawa kekusutan supaya menjadi lebih kusut agar dapat melupakan sehingga kepilihanraya umum akan datang... sabarlah...
    jadilah pihak yg membantu penyelesai masalah, bukan menambah "pukulan batu" kepada yg sedia bermasalah...

    kalau ini pilihan (untuk menukarkan mb) sehingga terlepas kerajaan kpd bn... siapa yg perlu disalahkan..?? takkan tak mau belajar kes mb kedah dibawah ustaz azizan kut...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.