Hangat!!! (Gambar2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Letak Jawatan Menteri Besar, Wartawan Kerumun Istana? Jom Terjah!!!

Khalid lepas jawatan tapi bukan hari ini?

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan bakal melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam satu perbincangan di antara kepimpinan tertinggi PKR, DAP dan PAS negeri.

Menurut sumber, nama pengganti Abdul Khalid masih dirahsiakan dan perjumpaan dengan pihak istana tidak akan dibuat pada Isnin.


"Perbincangan sedang dibuat sekarang. Tiada sebarang pengumuman dijangka dibuat hari ini. Khalid sah ditukar," jelas sumber itu.

Pada pagi Isnin, tersebar mesej di laman sosial WhatsApp mengenai pertukaran Abdul Khalid dan digantikan dengan nama seorang exco kerajaan negeri.

Khalid Ibrahim

Sejak malam Ahad, sistem Whatsapp kebanyakan pengamal media kini dipenuhi dengan maklumat palsu mengenai kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat perletakkan jawatannya.


Khalid Ibrahim

Ia dilihat langkah memberi tekanan kepada Abdul Khalid daripada partinya sendiri supaya melepaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Mesej itu dinafikan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Sejak beberapa bulan lalu Abdul Khalid menerima tekanan termasuk daripada pemimpin PKR sendiri supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Shuhaimi Shafie mengakui bahawa 'Langkah kajang' merupakan usaha menggulingkan Khalid daripada takhta Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun strategi 'langkah Kajang' itu dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid.

Terkini, Abdul Khalid gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Sumber: astroawani

Sumber lain: 

Wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini lantaran khabar angin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan.

Walaupun tiada pengumuman rasmi, beberapa kumpulan wartawan berlegar di pintu masuk Istana Alam Shah sebelum berpindah ke Istana Mestika kira-kira jam 10:30 pagi.

Sekumpulan yang lain berkumpul di Bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) dan bangunan Darul Ehsan untuk menyerbu Khalid berkenaan khabar angin ini.

Bagaimanapun Khalid yang diberitahu kini sedang bermesyuarat di SUK masih tidak bertemu media.

Khabar angin yang berlegar di laman sosial dan aplikasi Whatsapp sejak tengah malam semalam berbunyi:

"Latest dari sumber media:

“Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan mengadap ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 9 pagi esok 7 Julai 2014 bagi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Sidang media khas menyusul selepas itu."

Bagaimanapun tiada media yang mengaku memberi maklumat itu kepada awam.

Dalam perkembangan terbaru, agensi berita nasional berkata, berita mengenai kononnya Khalid meletak jawatan dan ia disebarkan Bernama adalah palsu.

Pejabat MB kata 'tipu'



Pejabat menteri besar Selangor ketika dihubungi menafikan Khalid akan menghadap Sultan dan meletakkan jawatan hari ini.
Setiausaha akhbarnya Arfa'eza Aziz (kanan) berkata hal itu hanya khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya dah kata tipu. Tak, beliau tidak berjumpa Sultan (untuk letak jawatan)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun Pejabat Menteri Besar masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi menafikan hal ini apabila dihubungi wartawan.

Khalid dilihat sedang ditekan oleh parti beliau apabila beberapa pimpinan PKR secara terbuka menyatakan mahu beliau meletakkan jawatan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.