Hangat!!! Kereta Pegawai Pusat Komuniti Kluang Disimbah Cat Merah, Apakah Ada Kaitan Isu Lawatan Ke Bazar Ramadhan? Jom Terjah!!!

kereta bro shake3
KLUANG, 8 JUL: Kereta milik pegawai Pusat Komuniti Kluang (KCC), Sheikh Umar Ali disimbah cat merah pagi ini dipercayai berkaitan kekecohan yang terjadi semasa lawatan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan Adun Mengkibol, Tan Hong Pin ke bazar Ramadhan bandar Kluang beberapa hari yang lalu.
Sheikh Umar ketika dihubungi Roketkini berkata, beliau diberitahu ibunya kira-kira jam 7.30 pagi ini bahawa kereta miliknya disimbah cat merah di bahagian pintu pemandu
Satu bungkusan plastik berisi cat merah dipercayai digunakan pelaku ditemui berhampiran kereta. Justeru, satu laporan berhubung insiden tersebut dibuat di Balai Polis Kluang pagi ini.
Laporan polis dibuat Sheikh Umar (kiri) bersama Adun Mengkibol, Tan Hong Pin
Laporan polis dibuat Sheikh Umar (kiri) bersama Adun Mengkibol, Tan Hong Pin
Sheikh Umar yang kelihatan tenang bagaimanapun tidak mengesyaki mana-mana pihak yang melakukannya, namun percayai ia berkaitan insiden di bazar Ramadhan bandar Kluang baru-baru ini.
“Saya tak menuduh sesiapa. Tetapi kejadian ini berlaku ketika suasana di Kluang masih agak panas dengan isu lawatan kami ke bazar Ramadhan baru-baru ini,” ujarnya.
Tambah Sheikh, meskipun lawatan ke bazar Ramadhan dilakukan semula atas jemputan Ketua Pemuda Umno Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat, kumpulan yang menghalang lawatan pertama muncul selepas acara tersebut selesai.
Menurutnya, beberapa individu dipercayai dari kumpulan tersebut muncul dan mula melakukan provokasi.
“Malah beberapa individu dari kumpulan tersebut menuding jari ke arah saya dan terdengar mereka menyebut ‘Itu Melayu bangsat’, kata Sheikh.
Dalam insiden 30 Jun lalu, sekumpulan pemuda memakai vest dengan logo Umno menghalang dan mengusir rombongan MP Kluang, Adun Mengkibol dan petugas KCC dari memasuki kawasan bazar untuk menziarahi dan mengedar buah kurma kepada peniaga dan pengunjung.
Salah seorang petugas bertegas bahawa rombongan itu memerlukan surat untuk berada di bazar dan selepas rundingan gagal, rombongan mengalah dan beredar.
Malu dengan insiden tersebut, Ketua Pemuda Umno Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat tampil menjemput Ahli Parlimen dan Adun Mengkibol untuk bersama-sama mengedar kurma ditempat sama sebagai tanda solidariti dan bantahan terhadap sikap kasar kumpulan ala samseng tersebut. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.