Aduh!!!! Sedihnyer: (Gambar2) Banjir Kilat - Banyak Kenderaan Tenggelam.. Jom Terjah!!!




KUALA LUMPUR - Beberapa buah kenderaan ditenggelami air akibat banjir kilat berikutan hujan lebat sejak pukul 2 petang tadi di pekarangan kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak dekat sini.

Jurucakap bahagian komunikasi korporat UIA berkata, hujan lebat itu menyebabkan air mencecah sehingga ke paras pinggang dan menenggelamkan kereta penuntut dan kakitangan universiti itu.
   
"Banjir itu dipercayai berpunca daripada sungai di kawasan UIA yang tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak di kawasan rendah sehingga menyebabkan air melimpah ke jalan raya," katanya kepada Bernama.

    

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan kembali terkawal apabila air surut kira-kira sejam kemudian.
    



Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kejadian itu tidak menjejaskan operasi harian universiti termasuk penuntut yang sedang menduduki peperiksaan semester, katanya. 

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.