TERSERLAH!!! Inilah Wajah2 Penjawat Awam Sertai Demo GST, Anda Dianggap Pengkhianat & Tidak Layak Bergelar Penjawat Awam - Presiden Cuepacs



JITRA - Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.

"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan...jadi suka atau tidak mereka perlu akur.

"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan GST hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.

Pautan kekal imej terbenam
Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

3 comments:

  1. Macam haramjadah je azih muda... presiden cuepacs ni belum apa2 dah tunjuk belang mengampu... bila dapat gelaran Datuk nanti... telur pun kecut sebab jaga kepentingan diri. Presiden macam ni baik humban saja... dasar pengampu!

    ReplyDelete
  2. Azih ni memperjuangkan penjawat awam atau ingin memusnahkan penjawat awam? Tolak dia sebagai presiden CUEPECS!

    ReplyDelete
  3. Azih ni memperjuangkan penjawat awam atau hendak memusnahkan penjawat awam? Bila masa pulak penjawat awam menentang kerajaan, apa yang ditentang ialah satu pendekatan oleh kerajaan yang dikira akan menyusahkan rakyat, Itu saja. Takkanlah penjawat awam lansung tidak boleh menyatakan pendapat atau penentangan demi kebaikan rakyat juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.