Terkini!!! LIVE : (Video & Gambar) Perkembangan Terkini Anti-GST Di Dataran Merdeka, DS Anwar Berbaju Merah.. Jom Terjah!!!


siaran langsung boleh diikuti http://www.hijau.fm/#/

3.30 PM: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berucap. Beliau berkata himpunan hari ini adalah satu kejayaan besar selepas beberapa kali himpunan besar yang dilakukan sebelum ini. 

Pekerja negara ini menerima kenaikan gaji kalah dengan Indonesia. Sedangkan mengorban keringat untuk negara. Kini ditekan lagi dengan GST. 



3.25 PM: Wakil Dewan Muslimat, Aiman Athirah berucap. Beliau mengajak rakyat untuk terus mendesak kerajaan agar menghapuskan GST. 

3.20 PM: Pengerusi Majlis, Chegu Bard menyatakan himpunan hari ini akan berlangsung panjang dan meminta peserta bersabar dan akan diisi dengan program oleh penganjur. 

3.15 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai Timbalan Presiden PAS. Beliau berkata kerajaan tidak faham bahasa rakyat dan kali ini rakyat menggunakan bahasa jalan raya. 

Kaedah jalan raya ini katanya telah berjaya mendesak kerajaan sebelum ini dalm isu ISA dan PPSMI. 

3.12 PM: Sepanjang Jalan Raja dipenuhi dengan lautan peserta berpakaian merah. Dianggarkan hampir 50,000 sudah berada di sini ketika ini. 

Kumpulan dari KLCC akan tiba di sini sedikit masa lagi. 


Wartawan Harakahdaily di Jalan Raja melaporkan talian komunikasi mula terganggu. 

3.10 PM: Azmin Ali pula berucap. Beliau berkata perhimpunan rakyat hari ini sesuatu yang luar biasa, semua rakyat bangkit utk tolak umno BN, bukan shj menentang gst tetapi kita tentang seluruh dasar zalim yg menekan rakyat. 

"Umno mendakwa mereka mendapat RM3.8 bilion dari GST, tetapi syarikat besar dikecualikan dari cukai...Najib kena jawab," kata beliau.

3.05 PM: Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Ismail mula berucap. Beliau berkata kaum wanita turut terasa jika gst ini dilaksanakan. 

"Kita akan tentang gst sampai habis-habisan, kita akan guna kuasa rakyat untuk tentang pelaksanaannya," katanya. 

3.00 PM: Suhaizan berkata, kita berhimpun kerana hendak tolak gst, kita ingin desak kerajaan tarik balik gst. Kita berhimpun untuk tentang gst yang zalim, menindas rakyat. Kita akn tentang....BN zalim sebab ingin laksanakan gst. Kita akan tentang mereka pada pru14 nanti. 

2.55 PM: Giliran Mohamad Sabu memberi ucapan. Beliau berkata peserta tidak akan masuk ke padang, tetapi akan penuhkan jalan raya di sini, dan meminta peserta menunjukkan disiplin. 

Mereka akan menunggu kumpulan dari KLCC tiba sedikit masa lagi. 

"Kita akan berada di sini sampai arahan bersurai. Kita berhimpun secara aman. Sekarang semua di bawah arahan saya," katanya. 

2.50 PM: Lebih 40,000 dianggar sudah memenuhi Jalan Raja di Dataran Merdeka ini. Bagaimanapun beberapa kumpulan lagi belum tiba termasuk kumpulan dari KLCC. 

2.45 PM: Mahfuz dalam ucapannya berkata, perhimpunan hari ini merupakan sesuatu yang bersejarah. Ia bukan sahaja bagi rakyat menyatakan bantahan terhadap GST, tetaoi menjadi sebahagian daripada produk pelancongan. 

"Kita harap setiap 1 Mei akan ada himpunan dan pihak kementerian pelancongan boleh setuju," katanya. 

2:40pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta semakin bertambah dan saling himpit menghimpit antara satu sama lain.

2.38pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR. 

Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail melaungkan "Merdeka" sebaik mereka tiba di kawasan Dataran Merdeka. 

2.30pm Jalan Ampang - Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K. 

Kumpulan ini diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan mereka berarak sambil berselawat ke atas nabi diikuti laungan "Bangkit! Bangkit! Bangkit rakyat!". 

Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka. 

Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong. 

2.40 PM: Dj Jalan Raja, berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad kelihatan Suhaizan, Mahfuz, Khalid Samad serta Azmin Ali berada di atas lori. 

Mereka dijangka antara pimpinan utama yang akan berucap. 

2.36 PM: Kumpulan dari Masjid Negara juga tiba di Jalan Raja Dataran Merdeka sebentar tadi. 


2.35 PM: Kumpulan peserta yang berarak dari Sogo mula tiba di Dataran Merdeka. 

Persimpangan Jalan Tun Perak, Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rakmah dipenuhi dengan lautan peserta.


2.16pm Masjid Negara - Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bersama kepimpinan Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor. 

Mereka melaungkan slogan "Hancur BN", "Hancur GST" dan "Hancur BN" sambil diawasi oleh Unit Amal PAS. 

Jumlah peserta, termasuk di Jalan Ampang, dan Dataran Maybank kini mencecah 10,000 orang. 

2.06 PM: Di Dataran Maybank, lebih 5,000 peserta berada di sini. Mereka mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pelbagai pelekat mengandungi mesej bantahan dipamerkan peserta. 

2.05 PM: Di Sogo, dianggarkan lebih 3,000 berada di sini. 

Antara pemimpin yang ada di sini termasuk Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, Hanipa Maidin, Mazlan Aliman, Sivarasa Rasiah dan Fuziah Salleh. 

Sebahagian peserta dari sini sudah bergerak menuju ke Dataran Merdeka. 

2pm Jalan Ampang - Peserta himpunan yang duduk mula mendengar ucapan beberapa wakil NGO di antaranya merupakan aktivis siswa, Mohd Bukhairy Sufian, dan aktivis anti-Lynas, Wong Tack. 

Di pintu masuk KLCC pula, petugas-petugas keselamatan pusat membeli-belah Suria KLCC berdiri dan meninjau keadaan semasa. 

Mereka dilihat menghalang individu dengan kain pengikat kepala dengan mesej GST atau bendera-bendera anti-GST berwarna merah daripada masuk ke pusat membeli-belah. 














0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.