Ngeri!!! (Gambar2) Empat Letupan Bom Gegarkan Bandar Hat Yai, Selatan Thailand.. Jom Terjah!!!


HAT YAI – Empat letupan bom menggegarkan Hat Yai hari ini menyebabkan lima orang cedera.

Bagimanapun, bom kelima yang dipasang di laluan masuk ke apartmen dalam kawasan Hospital Prince of Songkhla berjaya dimatikan dengan selamat.

Letupan pertama dan kedua berlaku kira-kira 1.30 petang di hadapan kedai serbeneka 7-Eleven yang terletak di Jalan Ponpichai diikuti berhampiran flat polis bertentangan Balai Polis Hat Yai.

Letupan berhampiran flat polis berkenaan mengakibatkan banyak kenderaan rosak memandangkan bom dipasang di kawasan tempat letak kereta di situ.


Pihak bomba berkejar ke kawasan kejadian untuk mengawal kebakaran yang berpunca daripada letupan berkenaan.

Laporan kemudian menyatakan dua lagi bom meletup berhampiran Stesen Kereta Api Hat Yai serta dekat gedung membeli-belah Robinson.

Bom turut ditemui berhampiran flat Hospital Prince of Songkhla namun skuad pemusnah bom berjaya mematikannya. – The Nation





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.