Hari ini 5 Mei 2014 genap satu tahun Kedah “diselamatkan” oleh BN. Mukhriz Tun Mahathir ditabalkan sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 selepas merdeka. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 5 Mei 2013.
Mukhriz dilantik setelah BN berhempas pulas memenangi 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam PRU12 yang lepas.
Mukhriz dulu |
Mukhriz Mahathir menuntut ilmu Pentadbiran Perniagaan di Sophia University, Tokyo, Jepun pada tahun 1987 dan memperolehi Ijazah dalam bidang Pemasaran Antarabangsa dari Boston University, AS pada tahun 1989. Pada 1989 hingga 1999 beliau menjadi penasihat kepada President, The Bank of Tokyo-Mitsubishi Ltd di Kuala Lumpur.
Di dalam bidang korporat Mukriz pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Opcom Cables Sdn Bhd sebuah syarikat pengeluar optic fibre, Pengerusi TBWA-ISC Malaysia Sdn Bhd sebuah syarikat pengiklanan, Airzed Networks Sdn Bhd sebuah syarikat Wi-Fi broadband wireless dan Bioven Holdings Sdn Bhd sebuah syarikat pengeluar vaksin anti-cancer. Beliau juga pernah menjadi ahli lembaga pengarah Ajiya Berhad dan pengarah bukan eksekutif Reliance Pacific Berhad.
Rakyat Kedah mengundi UMNO/ BN pada pru yang lepas kerana serik dengan pengurusan dan pentadbiran Kerajaan PAS yang dilihat beku dan tidak membawa apa-apa perubahan kepada rakyat negeri Kedah. Pengundi mahukan perubahan dan mereka telah dijanjikan bahawa Mukhriz anak Mahathir akan dilantik menjadi MB jika UMNO/BN berjaya menawan Kedah.
Memandangkan aura Mahathir masih kuat di Kedah maka mereka mengharapkan Mukhriz juga seperti bapanya dapat mengembalikan kehebatan kepimpinan Mahathir di Kedah.
Orang Melayu seringkali berpegang kuat dengan peribahasa Melayu “Dimana Tumpah Kuah Kalau Tidak Ke Nasi”. Mengharapkan kuah Mahathir tumpah kepada anaknya Mukhriz. Sebaliknya realiti peribahasa ini tidak boleh diguna pakai di dalam kontek Mukhriz dan bapanya. Kuah Mahathir tidak tumpah kepada Mukhriz. Mukhriz tidak ‘bold’ seperti Mahathir, malah dia amat lambat, takut-takut dan cukup berhati-hati di dalam membuat keputusan. Malah menurut seorang pentadbir kanan KCS negeri Kedah ada ketika mesyuarat tergantung apabila Mukriz selaku pengerusi tidak membuat keputusan.
Mereka yang di sekeliling Mukhriz yang dilantiknya “is a non-performer” hanya mengekor kemana Mukhriz pergi. Malah sebahagian exco yang dilantik tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik tidak seperti ketika Mahathir menjadi pemimpin di mana sekelilingnya mereka yang hebat. Pemerhati politik melihat tindakan Mukhriz ini sebagai strategi politik takut ada yang melawan tauke.
Contohnya yang terdekat seperti exco yang mempengerusikan portfolio pelancungan Kerajaan Negeri, tidak nampak ada usaha-usaha untuk menyahut cabaran bagi menarik pelancung ke negeri Kedah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Mereka lebih selesa dengan kedatangan pelancung ke Langkawi dan angka itu dipakai sebagai pencapaian kemasukan pelancungan ke negeri Kedah.
Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, langsung tidak tahu “sepatah haram” bahasa Inggeris, entah bagaimana beliau dapat menawan gelombang informasi seperti Google, Twitter dan perang siber yang 98% dalam bahasa Inggeris.
Hakikatnya Mukhriz tidak seperti anak-anak Mahathir yang lain, Mirzan seringkali diasosiasikan dengan kekayaan sektor perkapalan dan raja pengangkutan, Mokhzani dengan Fomula One dan sektor minyak dan gas manakala Marina dengan aktivis perjuangan liberalism, gender dan Sisters In Islam.
Mukhriz pula mengikut jejak langkah bapanya yang mahu bergelumang dalam arus perdana politik. Gelangang politik banyak mengubah gaya dan jiwa Mukhriz. Beliau ternyata berlainan dari yang lain. Beliau cukup mesra rakyat dan tidak pernah mengeciwakan rakyat bawahan yang ingin bergambar dengan nya dari orang tua sehinggalah kepada kanak-kanak.
Mukhriz banyak berubah dan kelihatan waraq dengan jubah dan tidak pernah lekang dalam acara-acara keagamaan. Tok-tok guru pondok di Kedah sangat selesa dgn Mukhriz malah lebih selesa dari pemimpin PAS sendiri. Hampir setiap minggu diadakan kuliah agama di rumah rasmi Seri Mentaloon sebagai meneruskan legasi Ustaz Azizan.
Mungkin inilah jasa besar PAS di Kedah yang telah berjaya membentuk kerohanian jiwa Mukhriz mengikis imej elit anak Mahathir kepada seorang yang waraq.
Mukhriz meneruskan banyak legasi Ustaz Azizan, orang-orang PAS di dalam GLC tidak dipecatnya seolah-olah seperti juga Ustaz Azzizan yang meneruskan legasi UMNO di Kedah ketika mengambil alih Kerajaan dari BN dahulu.
Pembangkang pun tidak banyak isu di dalam persidangan dewan undangan negeri. PAS ternyata ‘mati kutu’ dengan sikap Mukhriz akomodatif sama seperti UMNO yang ‘mati kutu’ dengan Ustaz Azizan semasa Ustaz menjadi MB. KUIN nampaknya berjalan lancar seperti yang dirancang Ustaz Azizan.
Pegawai-pegawai ‘The inner circle’ sekeliling Mukhriz dilihat mentah dan kata orang Kedah budak kanyaq, surat-surat rakyat banyak yang tidak dijawab manakala banyak temujanji ditapis-tapis oleh Pegawai-Pegawai Khas yang ramai dan Setiausaha Politik. Sehingga seorang pemimpin parti komponen keciwa dan ‘give up’ dengan pegawai-pegawai ini dengan berbagai alasan untuk tidak membuka pintu berjumpa Mukhriz. Banyak janji-janji yang Mukhriz kata “OK” tetapi apabila sampai kepada pegawainya menjadi “Tak OK”
Hari ini ramai penyokong kuat Mukhriz yang bekerja kuat berhempas pulas untuk beliau menang semasa PRU dahulu kini merajuk dan membawa diri masing-masing apabila Mukhriz lebih banyak melayan rakan-rakan dari luar Kedah. Memang tepat pendapat yang mengatakan di dalam politik tidak ada istilah kenang budi dan jangan diharap apa-apa dari orang politik.
Sesungguhnya satu tahun Mukhriz menjadi MB Kedah yang nampak ketara ialah dari seorang elitis kepada seorang yang waraq bekopiah lebai dan berjubah putih. WASSALLAM
Sumber: http://mummyrokiah.blogspot.com/2014/05/apa-perubahan-mukhriz-mahathir.html
Alhamdulillah....moga ada sinar perubahan,walaupun dari PAS....sentiasa menyokong untuk kerja agama
ReplyDelete