Hangat!!! Timbalan Presiden PAS Jawab Tuduhan KDN Isu Fahaman Syiah, Bakal Ambil Tindakan Susulan.. Jom Terjah!!!


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata beliau sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tuduhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini dinafikannya sambil mengucapkankan terima kasih kerana mengaitkannya dengan pemimpin dihormatinya itu.

"Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini,  saya ucap terima kasih.


"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrullah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.
Menurut Mohamad, beliau akan bertemu dengan peguamnya pada Ahad.
"Selepas jumpa peguam, saya akan keluarkan kenyataan lanjut," katanya.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeni.
Mohamad berkata tidak gentar dengan kenyataan Ahmad Zahid untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah.
Katanya, tuduhan sedemikian telah menjadi kebiasaan baginya terutamanya ketika pemilihan PAS baru-baru ini.
“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya.
Mohamad berkata, sejak menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987.
Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.
Katanya, berdasarkan temuramah bersama sahabat Mohamad selama hampir 20 tahun, C N Afghani, berkata Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dengan program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.