Heboh di perkatakan di media sosial berkenaan masjid tidak tenggelam semasa banjir. Memang umat Islam wajib percaya setiap kejadian adalah atas ketentuan Allah SWT. Namun setiap kejadian ada penjelasannya dari segi naqli ataupun aqli.
Dalam pemerhatian Addin page FB artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Izzue Islam juga publish gambar masjid ini.
Dalam kejadian banjir di Kuantan baru-baru sebuah masjid di Sungai Isap tidak tenggelam (gambar di atas) walaupun seluruh kawasan di sekitar ini di tenggelami air banjir.
Memandangkan masjid tersebut berdekatan dengan rumah keluarga Addin di Sungai Isap, jadi ianya menjadi tanggungjawab Addin untuk memberi pencerahan kepada warga cyber.
Baru-baru Addin berkesempatan untuk balik ke Kuantan dan membantu keluarga yang diberi ujian oleh berhadapan dengan banjir besar ini.
Gambar di bawah ini adalah masjid Sungai Isap Damai yang tidak tenggelam yang sempat di rakam selepas kejadian banjir besar baru-baru ini.
Gambar di bawah ini adalah masjid Sungai Isap Damai yang tidak tenggelam yang sempat di rakam selepas kejadian banjir besar baru-baru ini.
Perhatikan ketinggian masjid ini, sebenarnya masjid ini di bina di atas tanah tambak yang tinggi.
Jadi.. inilah asbabnya atau sebab masjid itu tidak di tenggelami banjir. Moga pencerahan ini dapat merungkaikan kekeliruan yang berlaku. Wallahualam..
0 comments:
Post a Comment