Hangat!!! Bukti2 Menyokong Dakwaan Pemimpin PAS Terlibat Dengan Aktiviti Syiah Akan Didedah Petang Ini.. Jom Terjah!!!

KDN akan dedahkan bukti Mat Sabu Syiah petang ini, kata Ahmad Zahid. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 12 Disember, 2013.KDN akan dedahkan bukti Mat Sabu Syiah petang ini, kata Ahmad Zahid. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) akan mendedahkan bukti-bukti untuk menyokong tuduhan beliau baru-baru ini bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi akan membuat pengumuman istimewa di Kuala Lumpur pada jam 3 petang hari ini.
Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "ia terutamanya tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah".
Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan memberi kenyataan lanjut.
"Saya tidak boleh bercakap sekarang. Ketua Setiausaha akan membuat pengumuman nanti," kata beliau ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang hari ini.
Ahmad Zahid dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lepas mendakwa orang nombor dua PAS terlibat menganut fahaman Syiah.
Bagaimanapun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, mengatakan beliau tidak pasti siapakah yang dimaksudkan Zahid kerana orang nombor dua dalam parti Islam itu adalah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.
Mat Sabu juga tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan Ahmad Zahid.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.