Tahniah!!! Gambar2 Majlis Pertunangan Selebriti Fizo Omar Dengan Pengusaha Muda Tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim.. Jom Saksikan!!!




Perkenalan singkat merpati dua sejoli ini telah membawa kepada majlis pertunangan mereka awal pagi ini. Selepas upacara menyarungkan cincin ke jari manis Mawar oleh ibu Fizo, Wan Hafizol bin Wan Omar atau Fizo Omar kini bergelar tunangan pengusaha muda tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim.

Majlis pertunangan yang serba ringkas itu telah dijalankan di rumah pihak perempuan di Country Height, Kajang dengan dihadiri lebih kurang 300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan beberapa wakil media.

Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5 dulang hantaran. Manisan antara hantaran iringan melambangkan manisnya pertunangan pasangan yang sedang disirami kehangatan percintaan ini.


Hasil perbincangan yang telah dipersetujui sebelum ini, pasangan ini akan bernikah para esok hari, bersamaan 10 Nov, bertempat di kediaman pihak perempuan, Country Height Kajang.

Majlis pernikahan mereka esok boleh disaksikan secara langsung di program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9.

Tidak pernah menyangka gadis manis yang menghiasi “billboard” Fareeda akhirnya menjadi miliknya. Personaliti Mawar, keluhuran budi juga semangat saingnya dalam dunia perniagaan memikat hati Fizo. 


Inilah pakej wanita dambaan yang dicari selama ini. Walau hanya melalui perkenalan yang singkat, Fizo yakin memilih Mawar sebagai suri pelengkap kehidupannya dunia akhirat.


57-Fizo-Omar-Dan-Mawar-Selamat-Bertunang-Nikah-Esok-ROTIKAYA-497x750
60-Fizo-Omar-Dan-Mawar-Selamat-Bertunang-Nikah-Esok-ROTIKAYA-497x750
43-Fizo-Omar-Dan-Mawar-Selamat-Bertunang-Nikah-Esok-ROTIKAYA-497x750

1 comments:

  1. Terima kasih admin, atas perkongsian artikel ini :) semoga admin berjaya dalam blogging !!
    selamat pengatin baru

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.