Tekini!!! Harimau Malaya Bukan Tandingan Kuwait, Skuad Kalah 3-0


KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya nyata bukan tandingan buat Kuwait selepas kalah 3-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Al-Sadaqua Walsalam, Kuwait, semalam.
Tiga gol skuad ‘Al-Azraq’ (The Blue) kendalian jurulatih dari Brazil, Jorvan Vieira dijaringkan oleh Al Rashidi Ahmad pada minit keenam, Saif Al Hashan (34′) dan Khaled Ajab pada minit ke-53.
Perlawanan berkenaan merupakan persediaan skuad negara menghadapi Bahrain pada aksi keempat, kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional Bahrain di Manama, 15 November ini.
Skuad negara akan kembali semula ke tanah air untuk melayan kunjungan Qatar pada perlawanan kelima kelayakan di Stadium Shah Alam, empat hari kemudian.
Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.