"Aku cuba meyakinkan abg guard yg bertugas di pintu kluar kampus induk kolej universiti insaniah di kuala ketil..ketika itu kuin dlm 30 ke 40 peratus siap dlm pembinaan..."bukak2..nk kena tgk jgk!!"desak abg guard tuu lagii.."biaq p depa la shahril..xtahuan guard nii.betuii sungguh aihh!!.xpaalaa..mmg dah keja depa..
ampa p bukak bg dia puas ati..depa nk tgk sgt!!!depa takut kita nk pelari simen kut.."Atas arahan ustaz,kami pon bukak la bonet blakang nk bg abg guard tu puas hatii...Selesai ja dia tgk dlm bonet xdak apa,dia pon suruh kami jalan...adoii yaii..mcm ni punya guard pon ada..nk kata apa lagi..betui kat depa la..yg xtahan tu,dia xkira sapa,balun semacam ja..habaq menteri besaq pon xjln..bila difikirkan balik,abg guard tu dh jalankan amanah dan tanggungjawab keselamatan kawasan yg diselianya dgn baik.cuma guard tu kurang budi bicara ja dlm menjalankan tugas..tp xpa,semua itu menjadi 1 kenangan manis dan sejarah pada kami terutamanya arwah ustaz ketika hayatnya..sampai menteri besaq pon depa xpercaya.hehehe..
Dari awal majlis upacara 'pecah tanah'sehingga siap sepenuhnya projek kampus tetap kolej universiti insaniah,ustaz tidak jemu2 dtg melawat..dia rasa kurang sesuatu jika tidak pergi melawat projek tersebut..ramai org tau,projek insaniah tu,adalah projek buah hati ustaz azizan..dlm kesibukan kerjanya di alor setar,ustaz tetap nak p tgk sendiri perjalanan projek tersebut,kdg2 xdak plan apa..tup2 dia ajak jaa.."jom kita p kuala ketil tgk insaniah sat!!".huhuhu..Bukan dekat dari aloq staq tuu,semata nk p tgk pastu blk..nk kata apa,ikutkan ja laa..org kedah kata..'Pulun'.ustaz mmg pulun sungguh dgn projek tersebut..aku pon dh x ingat,dah brapa puluh kali kami p tgk projek insaniah kat kuala ketil tu.Dari tanah masih merah berdebu,kena pulak waktu musim hujan!!mmg kotor la kasut dgn tanah merah,ustaz tetap redah jgk.biaq kotor atau rosak kasutnya,"bukan nk rosak pon!!kotoq ja..kalo rosak kita beli lain!!"keluh ustaz..turun tetap turun.yg penting puas hati..
biasanya kalo ustaz ada majlis rasmi atau urusan kerja parti di Daerah baling,kuala ketil atau sg petani,tetap ustaz akan singgah..kalo xdpt masuk pon xpa..dpt tgk dari luar pon ustaz puas hati..bila kami lalu sahaja jln besar di hadapan kuin,"noh!!berenti sat..sy nk tgk buah hati sy sat..xdpt tgk org,tgk bumbung pon jadilah.."Bila kereta berhenti ja,terangkat2 punggung ustaz dari tempat duduk dlm kereta..naik kereta sedan,rendah pulak tu..panjang leher ustaz sambil melangut nk tgk jugak2 didalam kawasan insaniah.."cantik2!!dah penuh ayaq dlm tasik tuuu..alhamdulilah..hijau jaa ayaq tasik tuu..puas hati aku..ni kalo aku mati pon,mata tutup rapat.!!"itulah ungkapan gurauan ustaz bila dpt pi dan lihat sendiri insaniah di kuala ketil..
pernah jugak aku beranikan diri,cuba bg pandangan dlm masa yg sama aku perli ustaz..hehehe.bukan senang nk bg ustaz dengar kata kita."dato!,kalo kita p lama2 sekali baru nampak ada perubahan insaniah ni rasanya,sbb kita selalu mai kut,tu yg tgk mcm sama jaa..mcm projek tu xjalan jaa!!sungguh laaa noooo!!!betui la kata ang tuu!!pandai ang shahril.."Lega aku..Bila ada lawatan secara rasmi oleh menteri besar atau pemangku sultan kedah untuk melihat sendiri perjalanan projek tersebut,semua peg2 kerajaan negeri dan persekutuan akan dijemput hadir bg meraikan majlis..
ada segelintir peg2 yg tidak tahu,bertanya pada aku.."ustaz mai melawat projek insaniah ni kali ke-4 kan??haishh!!balas aku,aku pon dah mcm gaya ustaz bila kluaq satu2 ungkapan..hehehehe.."had ni yg rasmi..yg xrasmi xtau nk habaq..berpuluh kali dah..mai kena tahan dgn guard pon ada"Puak2 peg tu pon terkejut mcm xpercaya,ustaz selalu mai insaniah..rasanya sekali ja seingat aku yg ustaz lama x p melawat insaniah,hampir 3 bulan ustaz xtgk buah hatinya..
ketika itu ustaz dimasukan ke IJN kerana masalah jantungnya.kecoh jugak 1 malaysia masa tu,kata ustaz azizan mb kedah kritikal..masih segar dlm ingatan aku,aku dan peg2 pej mb berkampung di IJN 3 hari sebulan menyambut ramadan 2011,sehingga seminggu sebelum syawal tiba..syahdunya..huhuhu..k
ustaz seorg pemimpin utama negeri,kami berasa perlu dan berkewajipan untuk membantu ustaz dan ahli keluarganya di IJN ketika itu,kebetulan menteri besar berada di luar kedah..kenangan yg xmungkin aku dan rakan lain lupakan..Selepas ustaz kembali sihat dari masalah jantungnya..ustaz kembali dgn ciwinya..melawat insaniah sehingga siap sepenuhnya,tersergam indah dari luar hingga ke dalam..setiap blok2 dlm kampus induk insaniah kuala ketil tersebut ustaz azizan hafal semua..yg mana blok kuliah alquran,yg mana muamalat,usuludin,syariah dan mcm2 lagii..dari lanskap luarannya hingga hiasan dalaman serta kelengkapan kuin...ustaz azizan paham benar..
aku masih ingat disaksikan oleh beberapa peg ustaz,semasa lawatan terakhir ustaz sebelum insaniah dirasmikan oleh Seri paduka baginda yg dipertuan agong,ustaz menitiskan air mata ketika berhenti betul2 di pintu masuk dewan besar insaniah..ustaz melihat jauh sekeliling dewan yg gah dan indah senibinanya..aku xpasti apa yg direnung atau dipikir didlm hatinya..hanya allah yg maha mengetahui..
Pulunnya ustaz azizan,untuk merealisasikan impiannya dan yg lebih penting lagi,ingin menjadikan kolej universiti insaniah diiktiraf sebagai universiti penuh dimalaysia dan antara yg terbaik disamping menjadi pilihan anak2 kedah khususnya untuk menyambung pelajaran.. Dlm masa yg sama memastikan negeri kedah kekal sebagai 'Negeri ilmu'dan menikmati kemajuan dlm bidang pendidikan lebih baik untuk generasi kini dan masa depan..
itulah cita2 ustaz azizan abd razak...semoga niat suci dan cita2 arwah ustaz diteruskan insyallah...
Alfatihah...
Terima kasih buat sahabatku: Shahrel Elham
SUMBER
0 comments:
Post a Comment