Gempar!! MB Pahang Alami Masalah Kesihatan Yang Agak Membimbangkan? Gagal Hadir Majlis Rasmi.. Jom Terjah!!


KUANTAN- Rata-rata orang ramai yang ditemui di bandar ini kini tertanya-tanya ke mana hilangnya kelibat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob. Ramai yang hairan, masuk hari ini sudah empat hari berita dan kemunculan Adnan di khalayak ramai "dirahsiakan". 

Persoalannya yang timbul, mana perginya Adnan?. Terdapat laporan mengatakan MB Pahang itu kini menerima rawatan pakar di Hospital Prince Courts di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 
Malah difahamkan, Adnan gagal memasuki Stadium Shah Alm untuk menyaksikan perlawanan akhir bolasepan Piala Malaysia antara Pahang dengan Kelantan baru-baru ini, gara-gara kesakitan yang beliau alami. 

Tambah menguatkan lagi info ini ialah Adnan juga tidak hadir semasa majlis penyampaian hadiah ketika Pahang muncul sebagai Juaara Piala Malaysia selepas 21 tahun, sedangkan beliau mengharungi perjalanan bersama penyokong Pahang dari Plaza Tol Bentong ke Shah Alam pada hari tersebut. 

Malah, ketika sambutan Maal Hijrah baru-baru ini juga kelibat Adnan tidak kelihatan. Terdapat juga dakwaan, satu solat hajat bagi mendoakan kesihatan Adnan juga telah diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I, dekat sini malam tadi. 

Semua ini menguatkan lagi hujjah bahawa MB Pahang itu mengalami masalah kesihatan yang agak serius sebenarnya. Apapun, krew-krew Pahang Daily Online (PDO) mendoakan agar Adnan cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat kepada rakyat seperti biasa hendaknya.

1 comments:

  1. SATU LAGI BAKAL PRK AKAN MENJELMA DAN LEBIH BANYAK BARANG BARANG KEPERLUAN HARIAN AKAN MEMASUKI PASARAN HARGA RUNTUH!!!!! KEPADA POLITIKUS PAKATAN RAKYAT DI HARAP JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.