Terkini!!! (Kemaskini) Keputusan Undian Sayap Umno, Shahrizat dan Khairy Pertahan Jawatan, Mas Ermieyati Ketua Puteri UMNO yang baru..Jom Terjah!!!



Kulaijaya: Proses Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kulai diteruskan semula selepas ditangguhkan kira-kira sejam akibat masalah teknikal. 

Keputusan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Kulai Zaini Rahmat yang berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas pihaknya mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013 di peringkat pusat. 


"Saya mengumumkan pemilihan ini disambung semula tanpa perlu melakukan pengundian sekali lagi. 


"Untuk menyelesaikan masalah ini, Jawatakuasa Pemilihan pusat mengarahkan pemilihan disambung, dengan setiap satu undi setiap calon perlu disingkirkan," katanya ketika membuat pengumuman terbabit di Dewan Raya Kulai di sini, sebentar tadi. 

Proses pemilihan itu terpaksa ditangguhkan kira-kira jam 2 petang berikutan seorang perwakilan yang sudah disenarai hitam daripada membuat pemilihan akibat diistihar muflis dilaporkan turut membuat pengundian. 

Mesyuarat pemilihan itu terpaksa ditangguhkan buat sementara bagi membolehkan masalah itu diselesaikan Penyelaras Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Kulai. 


Keputusan terkini di sini: http://www.bharian.com.my/bharian/umno/MT/scorecard_sayap

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.