Hangat!!! Biodata Calon PAS Bagi PRK N.20 Sg. Limau Sangat Hebat Berbanding Calan BN, Apa Yang Hebatnya.. Jom Terjah!!!


YAN, 22 Okt (Bernama) -- Ketua Pemuda PAS Jerai Mohd Azam Samat yang juga pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, diumumkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Ketika membuat pengumuman itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Mohd Azam, merupakan anak kelahiran sekolah Pondok Bukit Besar yang terletak dalam kawasan DUN berkenaan.


Mohd Azam, 37, bapa kepada lima anak, merupakan cucu kepada 'tiga ulama besar Kedah', katanya pada majlis memperkenalkan calon PAS di pekan Sungai Limau di sini Isnin malam.

Tiga ulama yang dimaksudkan Abdul Hadi ialah datuk Mohd Azam, Abdul Hamid Ibrahim yang dikenali sebagai Pak Mid Bukit Besar, serta dua adik Abdul Hamid, iaitu Tuan Guru Haji Aziz Pendang dan Tuan Guru Haji Abdul Razak atau Haji Daq.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar Kedah daripada PAS, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang merupakan penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004, pada 26 Sept lepas.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan Rabu ini manakala pengundian pada 4 Nov.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan BN akan menurunkan pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calonnya.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.