TERKINI: (Gambar2) Proses Penamaan Calon Bagi PRK N.20 Sg Limau... Heli Berlegar2 Di Udara... Jom Terjah..






terkini: pegawai spr umumkan proses tutup masa pencalonanan tepat jam 10.00 pagi
YAN: Hari ini Dewan Dato' Madi di sini menjadi tumpuan di mana proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berlangsung bermula pukul 9 pagi Rabu.
Pengundi DUN Sungai Limau sekali lagi bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi memilih wakil rakyat mereka ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi ialah seramai 27,222 orang.
Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 93 peratus atau 25,323 orang daripadanya ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.
Sebanyak 58 saluran dan 17 pusat mengundi akan dibuka untuk PRK Sungai Limau.
PRK Sungai Limau berkemungkinan menyaksikan Barisan Nasional (BN) menamakan bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, sebagai calonnya manakala PAS memilih Ketua Dewan Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat, 37.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.
Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.