Suasana Hiba... Tunku Bendahara Dilihat Berusaha Berkomunikasi Dengan DS Ustaz Azizan.. Moga Cepat Sembuh!!

[MENJUNJUNG KASIH TUNKU]

Pasangan DiRaja Kedah, Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan isteri YABhg Toh Puan Bendahara Kedah telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan.

Kunjungan jam 6:45 petang tadi itu disambut mantan Exco Kedah, Dato' Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali serta isteri Ustaz Azizan, Datin Seri DiRaja Faekah Sheikh Hamzah.

Ternyata Tunku Bendahara begitu prihatin terhadap perkembangan kesihatan Ustaz Azizan di mana beliau merupakan kenamaan yang paling kerap menziarahi mantan Menteri Besar Kedah itu sejak menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Tunku Bendahara dilihat berusaha berkomunikasi dengan Ustaz Azizan. Suasana itu membibitkan keadaan hiba mereka-mereka yang menyaksikannya.

Sebelum berangkat pulang, Baginda dan isteri mendengar perkembangan perubatan yang disampaikan doktor-doktor pakar.

Sumber: Harakah Kedah

Sumber: Harakah Kedah / KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.