PANAS!! Siapa Ugut Bunuh Ustaz Kazim Dibongkar? Akan Berhenti Ceramah Kuatkuasa 28 November 2013.. Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!




Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

-HM

3 comments:

  1. lama lagi tu ....... buat apa umum sekarang

    http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/05/hulu-selangor-pasca-pru13.html

    ReplyDelete
  2. Memang begitulah lazmnya. Mana-mana ustaz yang nampak sebagai memehak kepada UMNO walau pun pada hakikatnya ia menyatakan benenaran akan terdedah kepada cacian dan persendaan. Tabah Ustaz, insyallah semoga Allah akan membuka pintu hati mereka untuk menerima kebenaran akhirnya demi perpaduan Islam. Teruskan berjuang untuk agama.

    ReplyDelete
  3. salam; terlebih dahulu tahniah buat ustaz diatas anugerah ilmu Allah kepada ustaz, tidak semua hamba allah dapat apa yang ustaz perolihi. Sepatut nya sebagai umat seagama kita harus menyokong perjuangan menegak kan Islam bukan memesongkan akidah dan fikiran manusia. Bagi orang yang menentangn perjuangan ustaz sama seperti pihak yahudi menentang perjuangan islam. Ingat negara islam hancur kerana pengaruh yahudi. Jadi umat islam jangan jadi hamba yahudi. Allah taala bagi kita akal untuk berfikir, Jadi gunalah akal fikiran yang allah beri kejalan kebaikan. Jangan kata ustaz kazim memihak kepada UMNO. Kita lihat ustaz lain pun ada juga yang diundang dalam program TV . Yang itu nak kata apa pula. Kita tengok ustaz Azhar berlakun yang tu apa pula. Kita jangan sempit kan fikiran dengan perkara yang Tak masuk akal. Kalau ugama di politikkan ini bahananya, Cuba kita renungkan apa yang orang lain buat semua tak kena . Ingat lah rukun Islam Dan rukun Iman. Kalau kita pegang kedua dua ini insyaalah aman umat islam di Malaysia. Jangan lupa kebaikan dan keburukan yang Allah janjikan pada hambanya............. Tahniah Ustaz Kazim. Teruskan menegak kebenaran Allah. AMIN,.......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.