Hot!!! Calon BN DUN Manjoi Ahli PAS... Apa Dah Jadi Sebenarnya??


IPOH - Pas Perak mendakwa calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed adalah ahli Pas sejak 16 tahun lalu apabila namanya masih tertera di dalam sistem maklumat ahli Pas.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata, calon  muda berkenaan adalah ahli Pas yang pernah berdaftar dengan nombor ahli 441563.

Menurutnya, latar belakang Mohamad Ziad tidak diketahui Umno Bahagian Tambun sebelum ini dan difahamkan, beliau menyertai Umno secara kebetulan memandangkan beliau adalah menantu bekas Menteri Besar Perak.


"Perkara ini sudah tentu memberi kejutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana sebelum ini mereka diberitahu latar belakang semua calon telah ditapis.

"Walaupun hanya ahli biasa, beliau (Mohamad Ziad) turut menyumbang tenaga dalam membantu Pas ketika pilihan raya umum 2008," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Negeri Perak, semalam.

Tambahnya, Pas Perak sekadar berkongsi maklumat mengenai latar belakang calon berkenaan dan mengucapkan selamat bertanding kepada Mohamad Ziad pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sementara itu, Mohamad Ziad ketika dihubungi Sinar Harian menafikan dakwaan mengatakan beliau adalah ahli Pas dan menganggapnya satu provokasi daripada pembangkang. ~sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.