BERAPI!! PM Haji Najib Makin Tidak Ketahuan..Jom Terjah!!


KUALA LUMPUR 18 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, percubaan Najib Razak menimbulkan rasa takut kepada pelabur dan komuniti perniagaan sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihan raya sebagai keji dan memalukan.

Katanya, Najib ketika wawancara bersama Bloomberg mengatakan kemenangan Pakatan Rakyat akan menjadi malapetaka kepada negara dan pasaran saham akan jatuh menjunam melambangkan terdesaknya beliau.


“Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sementara untuk mengeluarkan kenyataan tidak berasas tersebut bagi menakutkan rakyat dan membangkitkan kebimbangan pasaran,” kata Anwar pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Najib perlu menerima hakikat untuk dikalahkan dalam pilihan raya akan datang dan bertindak seperti pemimpin kalah yang baik.“Kami percaya, pertambahan jumlah rakyat yang mengambil bahagian dalam pelbagai gerakan perubahan melambangkan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan rejim.“Proses ini adalah selari dengan praktis sebuah negara demokrasi berperlembagaan. 

Cubaan Najib untuk samakan revolusi ini seperti ‘Arab Sring’ adalah niat jahat beliau untuk mengelirukan rakyat,” tegas Anwar menggesa supaya Najib berhenti bersikap kebudak-budakan dan segera berperanan seperti pemimpin Pakatan Rakyat.Bekas Menteri Kewangan itu juga yakin dengan keupayaan Pakatan menstabilkan keadaan ekonomi dan kewangan negara dalam jangka masa pendek jika berlaku sebarang reaksi spontan akibat perubahan kerajaan.“Kami ingatkan kepada semua pemegang saham untuk menghormati suara dan pilihan rakyat. 

Kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat akan pastikan perubahan kuasa secara aman dan lancar.“Kerajaan baru juga akan memastikan keyakinan di kalangan orang awam, pelabur dan para pemegang saham melalui polisi ekonomi yang jelas dan konsisten serta perincikan keutamaan polisi,” sambung Anwar.

Beliau turut menyifatkan, perubahan adalah penting untuk meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global dan melonjakkan potensi ekonomi jangka panjang.“Perubahan kerajaan memastikan berlaku keseimbangan keperluan rakyat dalam pasaran bebas. Malaysia akan menjadi negara berdaya saing dalam pasaran bebas tapi dalam masa sama tidak menindas hak golongan miskin.

"Menghapuskan rasuah dan korupsi, kapitalis kroni, meningkatkan keupayaan ekonomi masyarakat dan menghapuskan sebarang tindakan menindas akan menjadi objektif utama polisi ekonomi Pakatan Rakyat,” jelas Anwar. ~keadilandaily

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.