AES Membebankan Rakyat: PAS Jerai Anjur Dialog Dengan Penduduk Petang Ni Di UPU Guar Chempedak.. Jom Hadir!!



PAS Kawasan Jerai akan menganjurkan dialog berkaitan dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi memberi penjelasan kepada rakyat tujuan sebenar Pakatan Rakyat ingin memansuhkan sistem tersebut.
Dialog tersebut akan diadakan di UPU Guar Cempedak pada jam 5 petang ini.
Calon PAS bagi Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, dialog dua hala itu akan dapat memberi pemahanan yang mendalam kepada seluruh pengundi dan pengguna jalan raya tentang AES yang dipertahankan oleh kerajaan selama ini.
Menurut beliau lagi, Penasihat Undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff akan dijemput bagi program dialog tersebut.
"Kita (PAS) akan menganjurkan satu dialog terbuka bersama penduduk Parlimen Jerai yang merupakan pengundi dan juga kepada pemandu-pemandu berhubung dengan pelaksanaan AES.
"Perkara ini akan kita bincang dan jelaskan mengapa kita dari Pakatan Rakyat menentang dan akan menghapuskan sistem tersebut, mereka yang hadir boleh bertanya apa sahaja dan kita akan jelaskan," katanya.
Katanya lagi, rakyat perlu tahu kenapa Barisan Nasional (BN) ingin melaksanakan AES sehinggakan tidak terdapat janji-janji dalam manifesto BN mahu menghapuskan AES jika mereka kekal memerintah.
"AES adalah sistem yang kayakan kroni dan membebankan rakyat, ini perlu diketahui oleh rakyat.
"Perkara paling utama perlu diketahui adalah BN akan meneruskan pemasangan AES jika mereka kekal memerintah, mereka tidak lagi mendengar rintihan rakyat sebaliknya mengekalkan keuntungan untuk kroni," sambung beliau lagi.
Beliau menyeru agar seluruh pengundi dan pengguna jalan raya melapangkan masa untuk hadir mendengar penjelasan mengenai AES agar mereka tahu cerita sebenar di sebalik pelaksanaan yang jelas membebankan rakyat itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.