"Macam (penasihat KEADILAN) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihanraya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat.
"Bila dia menang, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat, tapi bila nak kalah, nampak-nampak nak tumbang dan impian untuk jadi perdana menteri tak akan menjadi, maka dia dah mula buat telahan," katanya ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Noh Omar, Ahli parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Syed Hamid Albar.
Muhyiddin percaya kenyataan itu dibuat pihak pembangkang kerana sedar bahawa mereka tidak mampu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya berikan ini sebagai satu peringatan kepada kawan-kawan dalam Barisan Nasional, inilah yang akan kita akan hadapi, tapi saya yakin atas semangat kita yang kuat dan kerja keras yang kita lakukan kita akan dapat atasinya," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen itu dalam pilihanraya umum akan datang.
"Tidak kira siapa.. calon hitam, putih, biru kita akan pilih sahaja... dan saya pergi ke tempat-tempat lain... gelombang biru menandakan sikongan rakyat sudah mula meningkat," katanya.
Beliau berkata kerajaan Selangor yang diterajui pakatan pembangkang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat negeri ini dengan pelbagai janji manifesto yang tidak ditunaikan yang sehingga kini tidak dijawab oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.
"Kita tak nak mengulang banyak cerita yang sudah berlaku di sini... saya bukan orang Selangor, tetapi saya tahu apa yang berlaku di negeri Selangor ini...Rakyat Selangor sudah pun marah dengan kerajaan (negeri yang diterajui pembangkang).
"Ramai yang bawa kes ke mahkamah, ibu tunggal dan orang-orang yang berhak mendapat pembelaan atas janji yang dibuat pada manifesto PRU yang lepas juga tuntut supaya kerajaan Selangor tunaikan janji, sampai hari ini saya tak dengar pun jawapan dari Menteri Besar Selangor apa yang nak dilakukan tentang apa yang telah dijanjikan itu," katanya.
Justeru, Muhyiddin mencadangkan agar rakyat Selangor tidak lagi terpedaya dengan manifesto PRU-13 yang dilancarkan pakatan pembangkang baru-baru ini yang menurutnya menjanjikan pelbagai perkara yang mustahil untuk dilaksanakan tanpa penerangan yang kukuh.
Nota:
Tuduhan Muhyiddin sesuatu yang sangat berat, mendakwa kononnya dia mempunyai dokumen sulit yang boleh dipercayai bahawa Pakatan Rakyat akan bertindak sekiranya kalah dalam pilihanraya umum akan datang.
Persoalannya, dari mana datangnya dokumen tersebut dan apakah isi kandungannya yang menyebabkan Muhyiddin mempercayai bahawa musuh BN itu akan melakukan huru-hara?
Muhyiddin harus jelas bahawa tanpa perlu dokumen murahan yang boleh direka sesiapa sahaja itu, Pakatan Rakyat boleh menewaskan mereka tanpa perlu mencetuskan huru-hara sebagaimana yang dibuktikan oleh BN terutama penyokong Umno sendiri.
Sekiranya Muhyiddin GAGAL membuktikan dokumen tersebut datangnya dari mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim, maka wajarlah dia DITOLAK sama ada menggantikan Najib Altantuya sebagai perdana menteri atau presiden Umno kerana jelas berbohong kepada rakyat Malaysia.
Saya CABAR Muhyiddin sendiri dedahkan dokumen tersebut (yang asal dan sah dari mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat) atau berdepan dengan kuasa Allah SWT yang akan menentukan nasibnya selepas ini!
JALAN PULANG
Penipu yang sangat besar Muhyidin ni. Tiada istilah sulit kalau melibatkan pembangkang.
ReplyDeletePastinya PDRM sudah pun melakukan siasatan jika betul Muhyidin ada dokumen tersebut.
Sedangkan Tian Chua yang hadir di mahkamah pun nak ditangkap oleh polis, inikan pulak dokumen sulit yag serius mengancam keselamatan negara..
Biarlah Muhyidin tak cerdik sorang2. jangan diperbodohkan. seluruh rakyat.
Inikah spesis bodoh yang kononya nak ganti najib? Kirim salam jelah!
ReplyDelete