Tindakan dua anggota polis yang ingin menahan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua di kafetaria Mahkamah Jalan Duta hari ini ditentang peguam sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.
Tian bersama peguam Latheefa Koya dan beberapa penyokong bersarapan di kafetaria sementara menunggu kes Tian bermula.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian baru selesai bersarapan bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.
Ahli Parlimen Batu itu diserbu beberapa polis untuk menahannya di lokap mahkamah.
Polis berkenaan dari pasukan siasatan Johor Baharu yang menyiasat keterangan berhubung kes kenyataan Tian yang diputar belit media kawalan Umno, baru-baru ini.
Tian akan didakwa di bawah Akta Hasutan berkenaan isu Lahad Datu.
Latheefa sewaktu berunding dengan pihak polis berkata, Tian tidak perlu dibawa ke lokap mahkamah kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk didakwa.
"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah
"Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.
"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya kepada pemberita.
Sebentar tadi, Tian dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 6 untuk didakwa.
Sementara itu, puluhan ahli KEADILAN dan penyokong Pakatan Rakyat hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan.
0 comments:
Post a Comment