Allahu Rabbi!! Apa Sudah Jadi Dengan Bayi Ini, Mana Menteri Kesihatan, Jom Pi Jenguk Sat???



Jasa hospital kerajaan kepada kita semua sememangnya banyak.

Tidak boleh dinafikan, tak kita sudah tentu ada adik-beradik atau keluarga kita yang pernah mendapat manfaat dan terselamat nyawa akibat hospital kerajaan.



Tak hari ni, mungkin beberapa tahun lalu…

Kerajaan juga tidak dinafikan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dalam aspek perubatan percuma.

Peningkatan mutu perkhidmatan di hospital kerajaan juga semakin baik.

Cuma masalahnya kekadang jumlah pesakit di hospital atau klinik kerajaan adalah terlalu ramai…bukan kekadang pun, setiap masa macam tu.

Akibatnya memang kita kena menunggu lama …tapi janganlah merunggut sebab orang lain pun tunggu jugak.

Disebabkan itu, beban kerja para jururawat dan doktor menjadi banyak. Kalau tak silap tahun lepas siap ada seorang doktor pelatih Cina yang bunuh diri akibat beban kerja.

Itulah antara masalah yang penulis tahu kerajaan cuba perbaiki. Namun ia tidak semudah yang disangka.

Bukan mengampu kerajaan, tetapi penulis dan keluarga penulis terutama arwah ibu suatu masa dahulu banyak terhutang budi dengan rawatan di hospital kerajaan.

Jangan kita lupa jasa orang bila kita dah senang dan mampu ke hospital swasta.

Bagusnya hospital kerajaan walaupun terpaksa menunggu ialah, mereka tidak akan membuat sebarang ujian yang merepek.

Di hospital swasta, pantang ada peluang sikit mesti nak buat ujian itu ujian ini….supaya kita perlu bayar lebih = untung lebih.

Jangan kata hospital swasta bagus sangat, pengalaman membawa anak ke Hospital Ampang Puteri baru-baru ini menyebabkan penulis malas hendak jejak kaki ke sana lagi.

Doktor bagi kebenaran keluar hospital 11 pagi, kakitangan wad dengan bahagian pembayaran punya bodoh dan lembab, malam pukul 9 baru dapat keluar….punyalah gila kami sekeluarga menunggu dari siang bawak ke malam untuk keluar…nak kata hospital kerajaan lambat?

Yang penulis hendak tekankan di sini ialah hospital kerajaan ada kekangan dan Kementerian Kesihatan memang berusaha untuk memperbaiki.

Kadang-kadang dari segi dasar semua okay…tetapi segelintir kakitangan yang lebih sudu daripada kuah yang menjadi masalah.

Hari ini di Facebook ada sebuah gambar luahan hati seorang bapa terhadap sikap seorang jururawat Hospital Besar Kota Bharu.

Tengok pada jumlah orang share, sah gambar tu dah jadi viral.

Sebenarnya perlu ada siasatan untuk memastikan apa yang benar-benar berlaku. Benarkah ada dialog seperti itu. Takut ibubapanya yang marah dengan apa terjadi dan mahu mengenakan jururawat tersebut.


Kisah sebenar kita tidak tahu lagi. Terlalu awal untuk kita belasah satu pihak sahaja.

Namun, jika benar jururawat berkenaan berkata demikian, maka dia harus diingatkan bahawa kerajaan labur berbilon ringgit setiap tahun termasuk membayar gaji jururawat tu, so menjadi tanggungjawab dia untuk buat kerja dan tak perlu sindir-sindir orang.

Pasti sekali bukan dasar Kementerian Kesihatan untuk sindir pesakit yang datang. Inilah masalahnya, kerajaan dah buat semua, yang duduk kat bawah makan gaji tu tak faham cara nak buat kerja sejajar dengan misi dan visi yang kerajaan hendak capai.

Berikut luahan bapa tersebut;

“Kerja Nurse hospital kota bharu, bile ditanya..nurse salahkan baby kerana bergerak gerak dlm babycase..bila ditanya lg, klau xsuka benda mcm ini, jangan masuk hospital kerajaan katanya..

Nasib baik isteri sendiri yg tnya, klau aku sendiri mmg mkn maki hamun gan aku..walaupun bukan anak sendiri, ingatlah tanggungjawab wahai nurse, esok2 kubur hang jawabla gan Tuhan sendiri..ini bukan anak sy, tp beringtlah kpd sesiapa yg sygkan anak..tolong share..”

“Ward 2 SCN, Pukul 6.30 Pagi td..B/O Nurul Wahidah Hospital Besar Kota Bharu”

sumber: http://mynewshub.my/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.