Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada pukul 6.45 petang ini.
Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua.
Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak pada malam ini juga," katanya.
Ogos tahun lepas, suami kepada Datin Alisah Ali itu koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HKL akibat terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul di sini.
Sebentar tadi, menerusi laman Twitter Presiden Seniman, Zed Zaidi telah mengesahkan bahawa Datuk Yahya Sulong telah meninggal dunia.
Takziah diucapkan kepada keluarga Datuk Yahya Sulong atas pemergian insan seni ini. Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment