CHUKAI – Polis menahan seorang pemandu bas ekspres berusia 35 tahun kerana mencabul seorang penumpang wanita dalam kenderaan itu ketika berhenti di Kawasan Perindustrian Kerteh, di sini, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, mangsa yang berusia 22 tahun mendakwa dicabul lelaki terbabit ketika tidak penumpang lain dalam bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke negeri ini.
Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari ibu kota ke kampungnya di Dungun dikatakan tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu menjerit meminta tolong.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata selepas melakukan perbuatan itu, pemandu terbabit meneruskan perjalanan sebelum berhenti di Perhentian Bas Ekspres Dungun pada jam 2.40 pagi.
Ketika dalam perjalanan itu mangsa menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk melaporkan kejadian itu.
Berikutan itu polis menahan pemandu bas terbabit sebaik dia tiba di perhentian bas berkenaan, katanya.
- Berita Harian
0 comments:
Post a Comment