Berikut adalah penjelasan Najwa Latif yang dikatakan anak derhaka oleh bapa sendiri. Sekarang ni, hangat diperkatakan bahawa Najwa sudah menjadi sombong kerana sudah popular. Umum ketahui bahawa hubungan Najwa dengan bapanya tidak begitu baik. Menurut Abdul Latif, disiplin Najwa terhadap bapa sendiri memang agak teruk dan sudah berubah sama sekali. Mari kita ikuti kisah yang diceritakan sendiri oleh bapa Najwa.
“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah Abdul Latif.
“Selepas bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak anak baik. Kami sering keluar makan & ada kala menonton wayang bersama,” tambah beliau lagi.“Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka akan menunggu — luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka yang tunjuk muka”
Penjelasan Najwa Latif
“Saya tidak mahu memberikan sebarang komen kerana perkara ini membabitkan keluarga. Banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri.” – Najwa Latif.
Tindakan yang bagus dan matang untuk seorang anak.
ReplyDeleteAnk kena paham tempatnya d mana,kalu paham masalah antara bapa dn anak pasti tiada.
ReplyDelete