Pertemuan kali ini berlangsung jam 8.30 malam.
Ia mengetengahkan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara; Ahli Parlimen Kota Belud dari Umno-BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
Wacana kali ini akan dipengerusikan oleh moderator terkenal, Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Ia akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini.
Masuk adalah percuma dan mereka yang berminat boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) dan Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, pihaknya yakin wacana kali ini akan bertindak sebagai ruang terbaik kepada rakyat khususnya pengikut dan penyokong kedua-dua BN dan PR memperoleh gambaran menyeluruh mengenai bajet kali ini.
Katanya, Kumpulan Media Karangkraf mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengikuti wacana di auditorium.
0 comments:
Post a Comment