SYDNEY: Speaker Parlimen Australia, Peter Slipper, mengumumkan peletakan jawatannya semalam, hanya beberapa jam selepas terselamat daripada usul memecatnya ekoran isu mesej teks lucah dihantar kepada bekas kakitangannya.
Pemimpim pembangkang dari parti Konservatif, Tony Abbott, menggesa Slipper disingkirkan kerana “tidak sesuai” menjawat jawatan itu.
Perbuatan Slipper terdedah apabila dokumen mahkamah menunjukkan dia berbalas mesej dengan James Ashby, yang menuduhnya melakukan gangguan seksual. Antara kandungan mesej teks itu, Slipper menggelar seorang ahli politik wanita konservatif sebagai “jalang jahil” dan kemaluan wanita kelihatan seperti “kepah yang ditanggalkan dari cengkerang.”
Usul memecat Slipper mendapat 69 undi berbanding 70 undi menyokongnya.
Bagaimanapun, Slipper kemudian memberitahu Parlimen bahawa dia akan meletak jawatan.
“Saya melepaskan jawatan ini tanpa dendam dan dengan kesedihan mendalam,” katanya.
- AFP
0 comments:
Post a Comment