GURUN: “Anak saya dimalukan apabila dipaksa telanjang sebelum seorang
pelajar merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan
bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku Februari lalu dan
hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden
pada 30 September lalu.”
Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan
sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang
didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian
itu.
Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman
video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya
dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober
lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.
Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan
difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala
sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak
berulang kali.
“Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman
telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima
terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat
rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.
0 comments:
Post a Comment