Panas: Suspek Utama Rompakan RM1.23 Juta Diberkas Di Kawasan Hutan Di Perlis.. Jom Terjah!!

Suspek bunuh rakan untuk larikan wang 1.2 juta, diremaan

TAIPING 26 Sept. - Selepas lebih seminggu menjadi buruan polis, seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak rakan sekerjanya sebelum melarikan enam beg berisi wang RM1.23 juta akhirnya diberkas malam tadi.

Suspek ditahan kira-kira pukul 11 malam di kawasan hutan berbukit di Kampung Syed Omar, Perlis oleh anggota pasukan khas Polis Perak dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.


Lelaki berusia 25 tahun itu ditemui dalam keadaan keletihan di hutan tersebut tanpa sebarang bekalan makanan selepas dipercayai bersembunyi di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Pemeriksaan polis turut menemui wang tunai RM7,250 dan mata wang Thailand bernilai 550 baht (RM54) bersama suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek dipercayai memasuki Thailand melalui laluan tikus di sempadan negara sebelum masuk semula ke Malaysia beberapa hari lalu. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.